Pages

Wednesday, October 19, 2011

hidup merantau

sekarang ni aku tengah menghabiskan masa kat Penang ni sebelum aku pindah ke Alor Setar.. barang2 semua dah angkat.. yg tinggal kat umah ni tv ngan tilam je utk tidur.. mesti pelik kan... kenapa pulak barang yag pindah dulu.. sebabnye kat sane letrik belum masuk lg.. sekarang ni TNB ngah wat la tu.. xpe.. cuma yg seksanya kat sini xde dapur nak masak.. dah la aku ni kuat makan... boring tul la.. mula2 macam best je makan kat luar.. tapi rupe2 nye masak sendiri lg best.. walau pun aku x berapa pandai sgt masak, tp sekurang2nya aku leh makan banyak kali sehari... haha.. ni namenye dah merungut ni...xpe la... lg berapa hari je.. pas ni aku leh la masak sendiri kat rumah bila dah pindah nnti... sekarang ni pun baju aku basuh pakai tangan... penat giler... dah lame x basuh baju pakai tgn camni.. dah rasa cam balik ke zaman bujang pulak..cam duduk kat hostel dulu2 tu... huhu...
ok la... sampai sini je untuk edisi kali ni.. nanti kalau aku ade masa lg kita jumpe lg.... hehehe...

Monday, September 26, 2011

Hujan di Pulau Pinang

hari ni hujan je.. dari pagi hujan, pas tu petang pun hujan jugak.. tetiba pulak hari ni rasa selsema hari tu dtg balik.. aduh... nak makan ubat selsema tkt plak..kalau demam2 time pregnant ni mmg ssh sket..walaupun ubat selsema tu dos rendah, tp takut nak makan..
kat rumah ni pulak susah nak bukak chanel tv lain dah..sebab nye puteri aku yg sorang tu asyik sgt ngan baby tv dia..kalau ade astro, try la bukak chanel 618.. dah macam sekolah tadika dibuatnye..
hari2 berebut tv ngan mama n papa dia..kang aku asyik ngadap laptop ni dia marah pulak.. ntah la..nasib la dia anak aku..haha.. tu yang aku boring2 aku upload la gambar kat fb aku... g la tgk kalau rajin..tgk kat fb aku ni ha

Saturday, September 24, 2011

"tak suka apa yang aku suka"

sekarang ni aku tengah mabuk lagi.. perut lapar, tp xtau ape yang boleh aku makan.. kebanyakan makanan yang aku makan selalu x boleh lg aku terima.. xtau kenapa..ayam goreng KFC yang sedap tu pun aku nampak macam dah x sedap je... juadah hari raya yang paling aku suka ~rendang.. tapi sekarang dah x suke dah.. mase aku balik kg hari tu aku sibuk cari mee bandung Muar.. tapi x dapat sebab aku cari time2 raye..mane la ade orang nak bukak kedai time tu.. aduh..aku dapat la jugak makan mee bandung tu.. tp dari kedai lain..bukan dari kedai yang aku idam2 kan tu.. sungguh sedihnya...hmm. bila balik Penang pulak, aku anak aku demam x baik2.. dah pegi klinik pakar.. terbang duit sampai rm70..(tapi takpe demi anak) tapi masih lagi demam.hmpir seminggu aku tido x nyenyak.. dengan mabuk2 la.. tuhan je yang tau... dalam keadaan ni pulak mesin basuh rosak.. seminggu jugak la aku basuh pakai tangan... tapi nasib baik la mr.Hubby aku memahami aku.. dia belikan mesin basuh automatik untuk isteri tersayang dia ni...THANKS HUBBY...
macam2 dugaan aku mengandungkan anak kedua ni.. harap2 aku selamat la sampai aku bersalin nanti.... pas ni ade lagi 1 benda yang aku kena jugak harungi..hujung bulan 10 ni aku kena pindah ke Alor Star plak...hmm.. 1 lagi keje nak mengemas barang.. aduh.. tak tau la larat ke tak aku nak buat...hari Selasa ni dah nak pegi tgk Kuarters... harap2 aku selamat la nak buat semua ni kan.... ape2 pun, semoga Allah mudahkan urusan kami.. Amin.....~~~

anugerah di bulan Ramadhan

awal bulan puasa hari tu dgn x di sangka2 nye aku disahkan mengandung... mula2 macam x percaya.. tapi bila doktor sendiri yang sahkan, hmm.. aku terima dengan hati yang terbuka.. baby yang kedua buat aku n hubby.. walaupun baby yg ni kami x rancang, tapi kami sgt gembira dengan kehadirannya..terima kasih ya-Allah.. mase bulan puasa tu aku pelik apasal aku puase x de ponteng2 ni.. padahal time nye dah sampai untuk aku ponteng puase.. aku pun suruh la mr.hubby beli pregnant tester tu.. aku pejam mata nak tgk result dia.. mmg positif......
kan?? pasitif kan..aku x tipu la.. baru hari rabu lepas aku g booking atau wat kad merah kat klinik kerajaan..pas ni mula la sibuk aku g wat check-up kat klinik.. tu yang bosan.. minggu depan aku dah kena amik darah pulak.. sabar je la.. redha je la kan......

Wednesday, June 15, 2011

Cam Tu Ke Sahabat??

hari ni sy terpanggil untuk menulis cerita tentang sang sahabat.... kalau anda semua rasa ini sahabat.. patut ke?
cerita nya bermula cam ni...seorang wanita yg sudah berkahwin dan sgt bahagia bersama suaminya... dia juga mempunyai sahabat yg baru je dia kenal...sahabat tu juga kenalan suaminya... persahabatan diorang ni biase2 saje...x de la mesra sgt.. tp ok la kn.. diorang pun kenal kat laman sosial yg ngan popular skg ni..
nak di jadikan cerita, wanita ni sgt percayakan suaminya..dan juga sahabat nya tu td.. tapi yang menjadi persoalannya, sahabat tu td asyik dan selalu ber chatting ngan suami ni td... mula-mula memang x kisah.. tapi lama2 si isteri tadi timbul perasaan curiga.. dia pun bukak la laman sosial suaminya td.. maka terlihatlah mesej2 yg menyakitkan hati... hmm..sia2 je percayakan suaminya..
berbalik persoalannya sekarang, apakah patut sahabat td menikam si isteri td? x patut kan sahabat tu tikam dari belakang....
ape2 pun nasihat sy hr ini, BERSAHABAT BIARLAH IKHLAS.. jangan lah ada agenda lain ye....

Monday, June 13, 2011

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran...

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx


Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx

Saturday, June 11, 2011

Jangan Ditangisi Apa Yang Bukan Milik Mu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!